06 July 2015

MEDIKAL KAD UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

MEDIKAL KAD UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN.
Kad Perubatan ini Eksklusif untuk Kakitangan Kerajaan sahaja.,

Program ini adalah dibawah tanggungjawab Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di bawah Jabatan Perdana Menteri.


11 KELEBIHAN MAKSAK MEDIC CARE


Program ini memberi perlindungan 24 jam dan komprehensif yang meliputi kemudahan hospital, perubatan dan pembedahan di hospital sama ada hospital kerajaan atau hospital swasta. Program ini juga menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan dan kenderaan selain dari pemeriksaan fizikal tahunan. 

Secara ringkasnya, pakej ini membolehkan penjawat awam dan keluarga mendapatkan rawatan eksklusif di hospital pakar/specialist swasta di seluruh negara tanpa mengeluarkan perbelanjaan kos rawatan yang tinggi.

Faedah Perubatan ini meliputi pembayaran bil-bil rawatan perubatan seperti berikut :-
(a) Bayaran Bilik Hospital (Room & Board)
(b) Pembayaran rawatan rapi (Intensive Care Unit)
(c) Pembayaran Pembedahan (Operation)
(d) Pembayaran ubat, ambulan, bilik pembedahan dan perkhidmatan
(e) Pembayaran kecemasan semasa kemalangan
(f) Pembayaran faedah kematian atas sebab-sebab kemalangan (Accidental Death Benefit), Elaun Bersalin, Khairat Kematian (Funeral Expenses)

Faedah-faedah perubatan yang diperolehi bagi setiap kemasukan (per disability) menurut skim ini adalah seperti berikut :-

(a) PERBELANJAAN BILIK HOSPITAL (Room & Board)
Bilik Penginapan berjumlah RM100.00 sehari sehingga 120 hari

(b) UNIT RAWATAN RAPI (Intensive Care Unit)
Berjumlah RM200.00 sehari sehingga 30 hari

(c) PERBELANJAAN RAWATAN & UBAT-UBATAN (Medical Services and Supplies)
Perbelanjaan keseluruhan 3(a+b)+3(c) tertakluk kepada jumlah maksima berjumlah

 (i) Ahli - RM25,000.00 bagi setiap kemasukan (per disability)
 (ii) Suami/Isteri - RM15,000.00 bagi setiap kemasukan (per disability)
 (iii) Anak-Anak - RM10,000.00 bagi setiap kemasukan (per disability) setiap seorang anak dan setiap satu penyakit (untuk semua anak yang berumur 1 - 23 tahun sahaja [18-23 tahun yang belum berkahwin dan masih belajar])

(d) ELAUN TUNAI HARIAN (Daily Cash Allowance)
Bagi kemasukan ke hospital kerajaan elaun tunai harian (Daily Cash Allowance) akan dibayar sebanyak RM50.00 setiap hari sehingga 50 hari setahun untuk setiap peserta.

(e) FAEDAH/PAMPASAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN (Accidental Death Benefit)
Faedah kematian akibat kemalangan sebanyak RM5,000.00 untuk setiap peserta.

(f) ELAUN BERSALIN (Maternity Allowance)
Elaun Bersalin sebanyak RM500.00 setelah setahun menjadi ahli Program "MAKSAK Medic Care". Maksima lima kali bersalin (untuk Kakitangan Wanita sahaja) .

(g) KHAIRAT KEMATIAN (Funeral Expenses)

Khairat Kematian sebanyak RM1,000.00 untuk setiap peserta.

1 comment:

Unknown said...

Saya telah menyertai program ini sebelum Jun 2019. Sehingga Nov 2019 tiada sebarang Info daripada wakil MAKSAK yang hadir membuat promosi. Adakah saya tertipu?????

Copyright to ALIFAH MAHIR
Designed by UMIESUEstudio 2015